Wednesday, 3 August 2016

SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang merupakan sekolah yang berjarak 8 km dari Pekan Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1952. Namun begitu, ia mula beroperasi selepas 7 tahun kemudian iaitu pada tahun 1957 dan upacara perasmian dilakukan oleh Datuk Malek Bin Hassan.

            Pada mulanya beroperasi, bilangan guru yang bertugas adalah seramai 7 orang dan bilangan murid –murid seramai 90 orang sahaja. Selepas beberapa tahun bilangan guru dan murid semakin bertambah, sehinggalah terdapat 31 orang guru di sekolah ini pada 2007 dan bilangan murid pula seramai 367 orang. Pada tahun 2008, bilangan guru meningkat kepada 32 orang dan bilangan murid pula seramai 412 orang termasuk murid Pra Sekolah seramai 50 orang. Terbaru pada tahun 2016, jumlah murid –murid adalah seramai 324 orang.

            Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang dikenali bersempena dengan nama tempat sekolah didirikan, iaitu di tengah –tengah Pekan Sungai Pinang yang mana di sini terdapat juga sebatang sungai yang dipanggil Sungai Pinang.
            Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang diketuai oleh Puan Hjh Nor Aini binti Arshad sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran , Pn Hjh Najat binti Abd Aziz, Penolong Kanan HEM ,iaitu Puan Norpishah binti Hj Yahaya serta Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Mastura binti Anuar.

            Kini setelah hampir 54 tahun SKSP beroperasi terdapat kira kira 18 orang Guru Besar yang telah berkhidmat sepanjang penubuhan sekolah ini. Berikut adalah senarai nama Guru Besar yang pernah bertugas dari tahun 1957 sehingga tahun 2013 :

1.    Tn. Hj Ashari Bin Mat Isa                             ( 1953 -1957 )
2.    En. Muhammad Bin Awang                         ( 1958 -1961 )
3.    Tn. Hj Sulaiman Bin Hj Ismail                      ( 1962 -1967 )
4.    En. Ibrahim Bin Itam                                    ( 1968 -1972 )
5.    En. Abdul Rahman Bin Jirim                        ( 1973 -1975 )
6.    En. Abd Karim Bin Husain                           ( 1975 -1978 )
7.    En. Abdul Rashid Bin Abdullah                    ( 1978 -1981 )
8.    En. Che Din Bin Darus, PJK                        ( 1981 -1985 )
9.    En. Yusof Azmi Bin Zakariah Marican         ( 1985 -1987 )
10. En. Osman Bin Hashim                               ( 1987 -1990 )
11. En. Hamzah Bin Mat Ali                               ( 1990 -1993 )
12. En. Jalil Bin Mohamad                                 ( 1994 -1997 )
13. En. Ahmad Bin Mehat                                  ( 1998 -2001 )
14. En. Sepee Bin Omar                                    ( 2001 -2002 )
15. En. Zulkifli Bin Kamarudin                            ( 2003 -2004 )
16. En. Mohd Zaki Bin Idris                                ( 2004 -2010 )
17. Pn. Hajah Aishah Binti Hj. Mahamood         ( 2010 -2013 )
18. Pn. Hajah Nor Aini Binti Arshad                   ( 2013 - sekarang )

Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang mempunyai kemudahan fasiliti dan kemudahan ICT yang lengkap dan moden. Kemudahan akses internet tanpa wayar dan kemudahan internet 1Bestarinet di Pusat Akses memberi faedah kepada guru dengan kemudahan mengakses bahan–bahan rujukan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilik Media, Bilik Komputer dan Bilik Sains serta Bengkel Kemahiran Hidup menjadi pemangkin kepada struktur atau kerangka Pusat Sumber Sekolah.

No comments:

Post a Comment