Pada 16 Ogos 2016 ( Selasa), YB Sr Muhamad Farid telah sudi mengunjungi SK Sungai Pinang untuk memberi sedikit motivasi dan sumbangan alat tulis kepada murid-murid tahun 6. Semoga sumbangan ini dapat meningkatkan motivasi dan prestasi SK Sungai Pinang. Terima kasih YB. #KamisayangYB
Monday, 15 August 2016
Tuesday, 9 August 2016
Wednesday, 3 August 2016
SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang merupakan sekolah yang
berjarak 8 km dari Pekan Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang. Sekolah ini telah
dibina pada tahun 1952. Namun begitu, ia mula beroperasi selepas 7 tahun
kemudian iaitu pada tahun 1957 dan upacara perasmian dilakukan oleh Datuk Malek
Bin Hassan.
Pada
mulanya beroperasi, bilangan guru yang bertugas adalah seramai 7 orang dan
bilangan murid –murid seramai 90 orang sahaja. Selepas beberapa tahun bilangan
guru dan murid semakin bertambah, sehinggalah terdapat 31 orang guru di sekolah
ini pada 2007 dan bilangan murid pula seramai 367 orang. Pada tahun 2008, bilangan
guru meningkat kepada 32 orang dan bilangan murid pula seramai 412 orang
termasuk murid Pra Sekolah seramai 50 orang. Terbaru pada tahun 2016, jumlah
murid –murid adalah seramai 324 orang.
Sekolah
Kebangsaan Sungai Pinang dikenali bersempena dengan nama tempat sekolah
didirikan, iaitu di tengah –tengah Pekan Sungai Pinang yang mana di sini
terdapat juga sebatang sungai yang dipanggil Sungai Pinang.
Sekolah
Kebangsaan Sungai Pinang diketuai oleh Puan Hjh Nor Aini binti Arshad sebagai
Guru Besar. Beliau dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran , Pn Hjh Najat binti
Abd Aziz, Penolong Kanan HEM ,iaitu Puan Norpishah binti Hj Yahaya serta
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Mastura binti Anuar.
Kini
setelah hampir 54 tahun SKSP beroperasi terdapat kira kira 18 orang Guru Besar
yang telah berkhidmat sepanjang penubuhan sekolah ini. Berikut adalah senarai
nama Guru Besar yang pernah bertugas dari tahun 1957 sehingga tahun 2013 :
1.
Tn. Hj Ashari Bin Mat Isa ( 1953 -1957 )
2.
En. Muhammad Bin Awang ( 1958 -1961 )
3.
Tn. Hj Sulaiman Bin Hj Ismail ( 1962 -1967 )
4.
En. Ibrahim Bin Itam (
1968 -1972 )
5. En. Abdul Rahman Bin Jirim (
1973 -1975 )
6. En. Abd Karim Bin Husain (
1975 -1978 )
7. En. Abdul Rashid Bin Abdullah (
1978 -1981 )
8. En. Che Din Bin Darus, PJK (
1981 -1985 )
9.
En. Yusof Azmi Bin Zakariah Marican ( 1985 -1987 )
10.
En. Osman Bin Hashim ( 1987 -1990 )
11.
En. Hamzah Bin Mat Ali ( 1990 -1993 )
12.
En. Jalil Bin Mohamad (
1994 -1997 )
13.
En. Ahmad Bin Mehat (
1998 -2001 )
14.
En. Sepee Bin Omar ( 2001 -2002 )
15.
En. Zulkifli Bin Kamarudin ( 2003 -2004 )
16.
En. Mohd Zaki Bin Idris ( 2004 -2010 )
17.
Pn. Hajah Aishah Binti
Hj. Mahamood ( 2010 -2013 )
18.
Pn. Hajah Nor Aini Binti Arshad ( 2013 - sekarang )
Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang
mempunyai kemudahan fasiliti dan kemudahan ICT yang lengkap dan moden.
Kemudahan akses internet tanpa wayar dan kemudahan internet 1Bestarinet di
Pusat Akses memberi faedah kepada guru dengan kemudahan mengakses bahan–bahan
rujukan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilik Media, Bilik
Komputer dan Bilik Sains serta Bengkel Kemahiran Hidup menjadi pemangkin kepada
struktur atau kerangka Pusat Sumber Sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)