Tuesday, 4 October 2016

Pada 28hb September 2016 (Rabu) SK Sg Pinang telah menghantar sekumpulan murid ke Pertandingan kalam jamai'e peringkat Barat Daya. Alhamdulillah pasukan ini telah mendapat johan. Tahniah pada semua yang terlibat... teruskan usaha anda...





Wednesday, 21 September 2016

Pada 19 September 2016, Isnin telah diadakan program Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 59 peringkat sekolah. Pelbagai acara telah diadakan. Berikut merupakan gambar - gambar yang berjaya dirakamkan sewaktu acara berlangsung.



Ucapan Perasmian oleh Puan Hjh Nor Aini bt Arshad


Pertandingan Sajak


Pertandingan Sajak



Pertandingan Koir


Pertandingan Basikal Berhias


Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan




Berikut merupakan penerima-penerima hadiah yang telah menyertai pertandingan yang diadakan.








Salam Kemerdekaan yang ke 59
Merdeka Merdeka Merdeka

Sunday, 4 September 2016

Assalamualaikum semua






لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الحليمُ الكريمُ، سبحانَ اللَّهِ ربِّ العرشِ العظيمِ، الحمدُ للَّهِ ربِّ العالمينَ، أسألُكَ موجباتِ رحمتِكَ وعزائمَ مغفرتِكَ، والغَنيمةَ من كلِّ برٍّ، والسَّلامةَ من كلِّ إثمٍ، لا تدع لي ذنبًا إلَّا غفرتَهُ، ولا همًّا إلَّا فرَّجتَهُ، ولا حاجةً هيَ لَكَ رضًا إلَّا قضيتَها يا أرحمَ الرَّاحمينَ)


Wahai Tuhanku, kurniakanlah anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir dengan-MU, juga kurniakanlah anak-anak kami ini kesihatan.


Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai.

Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka baca, apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak.

Ya ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ,

Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.


Ya ALLAH Ya Latif,

Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-MU sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-MU Ya ALLAH, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 6A.


Di hari yang mulia ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-MU. Anugerahkanlah anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea yang bernas, kesihatan akal fikiran, kesihatan rohani dan kesihatan jasmani supaya meraka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru dan cita-cita ibu bapa mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.


Ya ALLAH berikanlah  mereka sepenuh kekuatan, jauhi sifat kegusaran, jauhi perasaan gemuruh dan gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini mampu menjawab soalan peperiksaan dengan penuh ketenangan, dengan penuh dedikasi yang sangat utuh dan akhirnya memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu 6A UPSR. Inshaa-ALLAH

Monday, 15 August 2016

Sesi Motivasi dan Sumbangan Alat Tulis daripada YB Sr Muhamad Farid

Pada 16 Ogos 2016 ( Selasa), YB Sr Muhamad Farid telah sudi mengunjungi SK Sungai Pinang untuk memberi sedikit motivasi dan sumbangan alat tulis kepada murid-murid tahun 6. Semoga sumbangan ini dapat meningkatkan motivasi dan prestasi SK Sungai Pinang. Terima kasih YB. #KamisayangYB







Tuesday, 9 August 2016

Untuk Makluman semua ibubapa dan penjaga murid tahun 6

Peperiksaan Percubaan UPSR kali kedua akan diadakan pada:

16 Ogos - 19 Ogos 2016
Selasa - Jumaat


Jadual akan diedarkan pada setiap murid.

Thursday, 4 August 2016

Makluman untuk semua ibubapa dan penjaga murid tahun 6 SK Sungai Pinang.


Bacaan Yassin setiap Jumaat. Semoga semua kita dilimpahi keberkatan dariNya. Aaminn..









Wednesday, 3 August 2016

SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang merupakan sekolah yang berjarak 8 km dari Pekan Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1952. Namun begitu, ia mula beroperasi selepas 7 tahun kemudian iaitu pada tahun 1957 dan upacara perasmian dilakukan oleh Datuk Malek Bin Hassan.

            Pada mulanya beroperasi, bilangan guru yang bertugas adalah seramai 7 orang dan bilangan murid –murid seramai 90 orang sahaja. Selepas beberapa tahun bilangan guru dan murid semakin bertambah, sehinggalah terdapat 31 orang guru di sekolah ini pada 2007 dan bilangan murid pula seramai 367 orang. Pada tahun 2008, bilangan guru meningkat kepada 32 orang dan bilangan murid pula seramai 412 orang termasuk murid Pra Sekolah seramai 50 orang. Terbaru pada tahun 2016, jumlah murid –murid adalah seramai 324 orang.

            Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang dikenali bersempena dengan nama tempat sekolah didirikan, iaitu di tengah –tengah Pekan Sungai Pinang yang mana di sini terdapat juga sebatang sungai yang dipanggil Sungai Pinang.
            Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang diketuai oleh Puan Hjh Nor Aini binti Arshad sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran , Pn Hjh Najat binti Abd Aziz, Penolong Kanan HEM ,iaitu Puan Norpishah binti Hj Yahaya serta Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Mastura binti Anuar.

            Kini setelah hampir 54 tahun SKSP beroperasi terdapat kira kira 18 orang Guru Besar yang telah berkhidmat sepanjang penubuhan sekolah ini. Berikut adalah senarai nama Guru Besar yang pernah bertugas dari tahun 1957 sehingga tahun 2013 :

1.    Tn. Hj Ashari Bin Mat Isa                             ( 1953 -1957 )
2.    En. Muhammad Bin Awang                         ( 1958 -1961 )
3.    Tn. Hj Sulaiman Bin Hj Ismail                      ( 1962 -1967 )
4.    En. Ibrahim Bin Itam                                    ( 1968 -1972 )
5.    En. Abdul Rahman Bin Jirim                        ( 1973 -1975 )
6.    En. Abd Karim Bin Husain                           ( 1975 -1978 )
7.    En. Abdul Rashid Bin Abdullah                    ( 1978 -1981 )
8.    En. Che Din Bin Darus, PJK                        ( 1981 -1985 )
9.    En. Yusof Azmi Bin Zakariah Marican         ( 1985 -1987 )
10. En. Osman Bin Hashim                               ( 1987 -1990 )
11. En. Hamzah Bin Mat Ali                               ( 1990 -1993 )
12. En. Jalil Bin Mohamad                                 ( 1994 -1997 )
13. En. Ahmad Bin Mehat                                  ( 1998 -2001 )
14. En. Sepee Bin Omar                                    ( 2001 -2002 )
15. En. Zulkifli Bin Kamarudin                            ( 2003 -2004 )
16. En. Mohd Zaki Bin Idris                                ( 2004 -2010 )
17. Pn. Hajah Aishah Binti Hj. Mahamood         ( 2010 -2013 )
18. Pn. Hajah Nor Aini Binti Arshad                   ( 2013 - sekarang )

Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang mempunyai kemudahan fasiliti dan kemudahan ICT yang lengkap dan moden. Kemudahan akses internet tanpa wayar dan kemudahan internet 1Bestarinet di Pusat Akses memberi faedah kepada guru dengan kemudahan mengakses bahan–bahan rujukan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilik Media, Bilik Komputer dan Bilik Sains serta Bengkel Kemahiran Hidup menjadi pemangkin kepada struktur atau kerangka Pusat Sumber Sekolah.
Pertandingan Membuat Sandwich Unit Ko Kurikulum

Tarikh: 3 Ogos 2016

Hari: Rabu

Tahniah pada semua pemenang!










Lori Milo ke SK Sungai Pinang

Pada 4 Ogos 2016 (Khamis), Lori Milo telah ke SK Sungai Pinang.